Entry: KERETA KU. Sunday, March 06, 2005







                                                 Atan, kau tak nak beli kereta tanya kawan dia.

                                       Atan pun terperanjat dan terfikir juga apa yang di tanya kawan dia tu, lalu Atan menjawab , buat apa nak beli kereta di sini kan ada bas ,MRT dan taxi kalau nak pergi mana mana pun boleh naik salah satu, lagi pun kan banyak belanja kalau beli kereta dan islam tak suka orang orang yang boros seperti firman ALLAH

Al-Israa 17 Ayat 26-27


                                   Lalu kawan Atan pun berkata , ialah tapi kalau ada kereta kan senang boleh pergi mana mana dengan lekas kalau naik bas dan MRT atau taxi kan membuang masa dalam pejalanan lagi pun kalau ada kereta kau boleh bawa banyak orang atau keluarga kau pergi mana mana kau suka dan kalau pergi kerja pun senang tak payah terfikir bas atau MRT lambat datang atau rosak .


                                   Betul juga kata kawan Atan tu susah nak bangkang, tapi kalau setakat nak kesana kesini dengan kawan atau keluarga dan untuk pergi kerja rasa Atan macam sama seperti kawan kawan dia yang beragama lain cuma nak menunjuk orang yang mereka ada kereta. Lain lah kalau di pakai kereta itu untuk buat perkara yang baik baik seperti pergi membawa keluarga atau kawan pergi majlis majis agama ,solat di masjid atau pergi mengaji lagi baik  kata Atan pada kawan dia yang mana dia teringat satu hadis nabi yang diriwayat At-Tabrani:


                  Suatu hari ketika baginda Rasulullah SAW duduk dengan para sahabat,mereka terlihat seorang anak muda sedang berkerja dengan penuh semangat .
Seorang sahabat lalu berkata: kasihan anak muda itu,alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya di gunakan untuk fisabilillah.


                 Mendengar ucapan itu,lalu Rasulullah bersabda; jangan kamu semua berkata demikian,sebab orang itu kalau keluarnya dari rumah untuk berkerja bagi mengusahakan kehidupan anaknya yang masih kecil,maka dia telah berusaha fisabilillah,jika ia berusaha untuk dirinya sendiri,tidak sampai meminta minta kepada orang lain itu pun fisabilillah. Tertapi kalau dia berkerja untuk menunjuk nunjuk apa yang dimiliki nya atau bermegah megah, maka itu fisabilillah syaitan atau kerana mengikut jalan syaitan.

                     









































  

   4 comments

Cheeff
March 14, 2005   06:15 AM PST
 
Hello lanunpandai, suruh Siatan tu beli kereta itu. Boleh Cheeff tumpang.HEHEhehehe.
Sofia
March 12, 2005   07:21 AM PST
 
Jalan-jalan ke blog orang,
terjumpa pulak lanunpandai blog,
Tak kisahlah lanunpandai ke,bodoh,
Yang penting tulisan yg baik dan senonoh.

.............keep it up........................
masmerah
March 10, 2005   07:28 PM PST
 
Salam..... Cik Lanun pandai, mas nak tanya, kawan Cik Lanun tu.... ada lesen kereta ke?
REPEN
March 6, 2005   06:37 PM PST
 
Hai lanun, siAtan tu jadi beli kereta?Macam bingung aje.....macam macam teringat, ingat firman,ingat hadith.....suruh Atanbeli aje kereta tu nanti InsyaAllah dia fasih ingat firman dan hadith. Tulisan yang baik...Heheeheheheh.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments