Sunday, March 06, 2005
KERETA KU.





                                                 Atan, kau tak nak beli kereta tanya kawan dia.

                                       Atan pun terperanjat dan terfikir juga apa yang di tanya kawan dia tu, lalu Atan menjawab , buat apa nak beli kereta di sini kan ada bas ,MRT dan taxi kalau nak pergi mana mana pun boleh naik salah satu, lagi pun kan banyak belanja kalau beli kereta dan islam tak suka orang orang yang boros seperti firman ALLAH

Al-Israa 17 Ayat 26-27


                                   Lalu kawan Atan pun berkata , ialah tapi kalau ada kereta kan senang boleh pergi mana mana dengan lekas kalau naik bas dan MRT atau taxi kan membuang masa dalam pejalanan lagi pun kalau ada kereta kau boleh bawa banyak orang atau keluarga kau pergi mana mana kau suka dan kalau pergi kerja pun senang tak payah terfikir bas atau MRT lambat datang atau rosak .


                                   Betul juga kata kawan Atan tu susah nak bangkang, tapi kalau setakat nak kesana kesini dengan kawan atau keluarga dan untuk pergi kerja rasa Atan macam sama seperti kawan kawan dia yang beragama lain cuma nak menunjuk orang yang mereka ada kereta. Lain lah kalau di pakai kereta itu untuk buat perkara yang baik baik seperti pergi membawa keluarga atau kawan pergi majlis majis agama ,solat di masjid atau pergi mengaji lagi baik  kata Atan pada kawan dia yang mana dia teringat satu hadis nabi yang diriwayat At-Tabrani:


                  Suatu hari ketika baginda Rasulullah SAW duduk dengan para sahabat,mereka terlihat seorang anak muda sedang berkerja dengan penuh semangat .
Seorang sahabat lalu berkata: kasihan anak muda itu,alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya di gunakan untuk fisabilillah.


                 Mendengar ucapan itu,lalu Rasulullah bersabda; jangan kamu semua berkata demikian,sebab orang itu kalau keluarnya dari rumah untuk berkerja bagi mengusahakan kehidupan anaknya yang masih kecil,maka dia telah berusaha fisabilillah,jika ia berusaha untuk dirinya sendiri,tidak sampai meminta minta kepada orang lain itu pun fisabilillah. Tertapi kalau dia berkerja untuk menunjuk nunjuk apa yang dimiliki nya atau bermegah megah, maka itu fisabilillah syaitan atau kerana mengikut jalan syaitan.

                     









































  

Posted at 05:23 am by lanunpandai
Comments (4)  

Sunday, February 27, 2005
masa yang merugikan





Satu minggu sudah lepas Atan duduk dekat kolong block memikirkan tentang apa dia sudah buat ini minggu.Dia merasa macam tak puas tapi tak tahu sebab apa dia tak puas,kalau kata pasal kerja dia dah kerja dari pagi hingga malam,kalau pasal family dia dah layan dari senin sampai minggu. Tetap Atan rasa tak puas pada dirinya .


Atan merasa apa yang di buatnya selama ini betul, kalau solat , dia dah buat ,kalau derma dah banyak juga duit dia habis dan kalau puasa kena lah tunggu bulan puasa tapi dia tetap rasa tak puas, dia rasa diri dia sama serperti jiran jiran dia yang beragama lain. Mereka pun kerja ,layan family ,sembayang pada apa mereka percaya dan derma pada yang patut di derma kan jadi apa yang beza nya mereka dan Atan berkatanya di dalam hati.


Agak nya dia hidup cuma nak habis kan umur sahaja sama macam orang orang lain yang di kenal dan rapat iaitu kerja ,layan family ,beramal soleh dan buat apa di suruh dan jauh apa di larang tapi dia terfikir itu macam orang yang bermain main kan dirinya sendiri padahal ada satu firman Allah yang bermaksud



Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main main sahaja,dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami. Surah 23 Ayat 115.


Teringat firman itu Atan terkejut sebentar dan bertanya kepada dirinya apa dia sudah buat pada waktu lapang yang di ada pada masa kerja dan di rumah, dia terfikir balik bertapa dia mengsia sia kan waktu lapang di kerja dengan berbual kosong dengan kawan kawan atau tidur dan bila balik ia menghabiskan masa dia menonton TV. Dia berasa serba salah kerana ada firman Allah yang berkata


Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh. Surah 30 Ayat 17.

Lalu ia teringat bertapa banyak masa yang dia telah rugi dengan menhabis kan masa dia dengan terfoya foya dan menonton TV patutlah dia rasa macam tak puas saja. nak tahu selanjut nya kisah Atan terpaksa lah tunggu sebab nak terberak lah.






Posted at 12:45 am by lanunpandai
Make a comment  

   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed